Thursday, November 4, 2010

HARI BAHAGIA AKU & DIA

23 JANUARI 2010

Tarikh yang sangat bermakna dalam hidup aku selepas tarikh kelahiran aku sendiri, iaitu 23 Januari 2010 ni lah aku sah menjadi seorang isteri kepada suami yang tercinta, SHAFRI BIN BAKRI....selama 2 tahun aku dan dia bercinta berakhir dengan alam perkahwinan, alhamdulilah impian aku untuk bersama dengan dia tercapai..terima kasih ALLAH, kerana kau telah jodohkan aku dengan lelaki yang aku cinta.

Pelbagai masalah dan dugaan aku hadapi sebelum mengecapi kebahagian ini, emmm nak buat camne kan, lumrah hidup sebelum mendapat bahagia mesti lalui dengan duka dahulu...pape pun aku bersyukur kerana aku tahu ALLAH itu maha penyayang lagi maha mengasihani, amin....

Majlis perkahwinan aku merangkumi 3 kali majlis iaitu MAJLIS PERNIKAHAN yang dilangsungkan pada tarikh yang sama pada pagi hari di Masjid Usamah bin Zaid Wangsa Maju, di sana aku diijab qabulkan..amin, dengan sekali lafaz sahaja suami aku melafazkan akad nikah...macam tak percaya aku dah jadi isteri orang hehehe....selepas itu, cincin disarung dan mas kawen diserahkan kepada aku sebanyak RM100 serta wang hantaran sebanyak RM6666 tunai...hantaran pula 8 dulang berbalas 11 dulang iaitu pihak laki 8 dulang berbalas 11 dulang dari pihak perempuan.

Pada tengaharinya, MAJLIS PERSANDINGAN diadakan di Dewan Sekolah Klang Gate, Kuala Lumpur. Tema warna perkahwinan aku adalah MERAH & PUTIH, itu warna kegemaran aku semua tahu kan aku suka merah....ramai tak ramai yang datang, sebab aku jemput ala kadar jek nak save baget hehehe...yang aku tak jemput tu, maaf ye korang...yang sudi hadir di majlis aku hari tu, terima kasih banyak-banyak, lagi-lagi kawan baik aku LINDA, FASHA, ZUE, LAELI dan sume PINGU's Crew ILP KUALA LANGAT...tak lupa jugak pada geng-geng hubby aku, geng-geng BUKIT ANTARABANGSA...i love u all...penghargaan untuk akak2 aku, sedara mara dan jiran2 yg banyak membantu semasa majlis dilangsungkan, trima kasih banyak2 yek...

            

 



31 JANUARI 2010

MAJLIS PERSANDINGAN DI RUMAH LELAKI, di Kg.Pasir Ulu Yam...kat ulu yam, buat majlis kecik2 jek tapi meriah gak la sume sedara belah hubby ada. Warna baju pengantin kat umah lelaki ni warna kuning lembut cmtu la, mekup lak sepupu hubby yang mekup kan..cantik mekup dia kan sampai muka aku pon jadi lain, maceh kak zura. Kenangan yang xleh lupa adalah pas je majlis selesai, aku ngan hubby kena basuh periuk belanga yg hitam2 gitu hehehe..main air la kami berdua walaupon dh penat. Malam pulak ada la acara potong kek, family jek yg ada...kek disponsor oleh abg hery, abg ke-5 hubby..maceh abg hery dan sume ahli keluarga hubby yg berpenat lelah untuk wat majlis untuk anak bongsu dorang ni...

Ape lagi aku nk tulis ek, dah xingat la sebab baru skang aku nak update blog ni hehehe....pape pon, alhmdulilah majlis berjalan lancar dan kami sah sebagai suami isteri, amin...itu yg penting kn. Terima kasih yg byk membantu, trutama ahli keluarga kedua-dua belah pihak...dan aku bersyukur serta hepy sngt sebab dapat mertua dan ipar2 yg best hehehe...

Kepada kawan2 aku yg nak kawen tuh, selamat pengantin baru la yek, yg belum kawen, cepat2 la turn korang pulak naik pelamin tau...

    


0 comments: