Thursday, September 3, 2009

STRESS & CINTA

Stress atau tekanan perasaan adalah suatu sifat pada diri yang tidak sihat,mesti semua tahu kenapa ia dikatakan tidak sihat kn??? Jika kita stress, kita boleh melakukan perkara yang bodoh dan di luar jangkaan seperti bunuh diri, mencederakan diri sendiri atau orang lain dan sebagainya....selain daripada itu, stress juga adalah pembunuh senyap pada kita...Di bawah ini terdapat keratan yang menyatakannya:

Amat ironi apabila seorang doktor berkata penyakit berpunca kuman tertentu manakala doktor lain pula mengatakan, ia bermula daripada dalam diri. Kenyataan ini amat mengelirukan tetapi apabila dikaji pandangan kedua-duanya ada kebenaran, bergantung pada perspektif mana punca penyakit ini dikesan.

Bayangkan anda kehilangan orang dikasihi dan sukar mengatasi kemurungan berbulanbulan. Tanpa disedari anda berada dalam tegangan—tekanan perasaan yang sekali gus mengubah corak kehidupan anda. Perasaan ini membuat anda lemah, tidak bermaya dan ketika ini juga anda mudah dihinggapi penyakit —sakit perut, sakit tekak, selesema atau demam.

Kenapa ia berlaku? Apabila perasaan anda tertekan berpanjangan, daya tahan tubuh menjadi lemah, mudah baginya dihinggapi penyakit. Jika dikata penyakit itu datang macam ribut, pergi umpama semut, perumpamaan ini kurang tepat. Sebelum disahkan doktor anda menghidap sesuatu penyakit, tanda-tandanya sudah ada. Cuma kerap kali tanda-tanda ini tidak begitu diambil berat, mungkin kerana kurang pengetahuan ataupun anda berfikir ia masalah kecil.

Sungguhpun banyak sebab tegangan dikaitkan tuntutan dan tekanan hidup, ada reaksi psikologi dan emosi seperti insomnia, raguragu, risau dan murung, ia juga meninggalkan kesan pada tubuh badan. Tegangan fizikal ini menjadi punca pelbagai penyakit.


Pelbagai penyakit boleh dijangkiti jika kita stress yang terlalu kuat, untuk mengetahui maklumat tentang penyakit boleh link ke:
http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/tekanan.htm

Apa pulak kena mengena stress dengan cinta??? mesti la ada kaitan antara dua ni,sebab aku yang mengalaminya....Cinta memang indah, manis, segalanya gembira jika tak belakunya masalah dan pergaduhan, betul tak?? kalau masalah atau pergaduhan melanda hubungan ini, mesti stress kan memikirkan si dia?? jadi jauhilah stress untuk mengelak dari masalah di atas tadi....Sewaktu berlakunya masalah dengan si dia, janganlah perbesarkan lagi masalah tersebut, antara korang haruslah mengalah untuk meredakan keadaan yang panas, lagi-lagi lelaki, ego memang kuat jadi kita perempuan kenalah mengalah, jangan ego juga. Bila keadaan sudah tenang, bawak la berbincang baik-baik, selesaikan masalah tersebut hari itu juga bagi mengelakkan stress. Jika si dia masih panas lagi, biarkan je dia cool sendiri, esok bila si dia sudah cool dia akan hubungi untuk berbincang atau berbaik.....jika si dia sayang dan cinta kita, dia akan hubungi dan berjumpa kembali, hanya kesabaran perlu kuat, fikir positif, berdoa dan lakukan aktiviti yang boleh melupakan si dia buat seketika...paling mujarab adalah mendekatkan diri dengan ALLAH s.w.t...

p/s untuk awek/wanita
: Jangan memaksa, kongkong atau melawan si dia
: Ego lelaki tinggi, jadi perlulah bersabar
: Jangan cepat putus asa
: Luahkan perasaan pada sahabat (jgn pendam)
: Percayalah pada si dia
: Saling faham memahami


p/s untuk balak/lelaki
: Sentiasa cool, sikap panas baran & ego pliz kurangkan/buang terus
: Jangan terlalu mengikut kehendak hati
: Fikir perasaan awek/wanita
: Cinta dan sayangilah si dia sepenuh hati,ikhlas dan sejujurnya


Harap hubungan korang dengan pasangan masing-masing kekal selamnaya dan ceria-ceria selalu, hanya kepercayaan dan kasih sayang kunci cinta kita....

Thursday, August 27, 2009

GASTRIK ITU BAHAYA


ULSER PADA PERUT

SIMPTOM sakit atau senak perut tidak menjurus kepada gastrik semata-mata.Banyak penyakit lain yang membabitkan gejala sama tetapi punca berbeza seperti pedih ulu hati, batu dalam pundi hempedu, ulser perut serta radang pankreas. Sama ada individu terbabit diserang gastrik atau bukan, hanya dapat ditentukan selepas diagnosis.Pakar Perunding Bedah Pengkhususan Gastrousus dan Laporososkopik Lanjutan, Dr Abdul Fahmi A Karim, berkata masyarakat masih kurang memahami petanda gastrik sebaliknya memberi tanggapan sebarang kesakitan pada perut terutama ketika berpuasa adalah gejala awal penyakit ini.

Gastrik atau nama perubatannya, gastrisis merujuk kepada inflamasi (radang) pada bahagian lapisan perut (mukosa) tetapi masalah lazim ini turut digunakan bagi menerangkan pelbagai gejala yang disebabkan inflamasi itu termasuk pedih ulu hati atau ketidakselesaan perut. "Sebelum menganggap diri diserang gastrik, individu harus mendapatkan pemeriksaan dan nasihat pakar bagi mengelakkan kemungkinan mereka menghidap penyakit lain yang lebih serius," katanya.

Walaupun lapisan mukosa sentiasa beralkali dan melindungi bahagian terbabit daripada dirosakkan bahan memudaratkan seperti alkohol, ubat aspirin, makanan berasid dan pedas serta asap rokok. Apabila lapisan ini semakin terhakis, ia tidak mampu menjalankan tugas dengan baik hingga menimbulkan radang. "Sakit lebih dirasai apabila berpuasa disebabkan peningkatan tahap asid dalam perut berikutan ketiadaan makanan. Asid sedia ada yang membantu mencerna makanan berkumpul pada bahagian terbabit bersama asid yang terhasil secara semula jadi berdasarkan tindak balas kimia.

"Apabila keadaan itu berlaku ditambah ketiadaan pelindung mukosa, radang boleh berlaku tanpa mengira waktu. Selain pengambilan ubat dan kemestian makan sahur bagi sumber tenaga, pesakit tidak digalakkan membayangkan keenakan makanan kerana imaginasi atau faktor psikologi ini mampu meningkatkan lagi keasidan perut," katanya.

Penghasilan asid secara semula jadi boleh berlaku menerusi tiga fasa iaitu tindak balas kimia pada otak sebaik terbayang makanan, apabila makanan di dalam mulut serta ketika proses penghadaman. Sementara itu, jangkitan bakteria dikenali sebagai helicobacter pylori (H pylori) juga antara penyebab gastrik. Ia mampu bertahan dalam keadaan perut berasid, malah jangka hayatnya juga panjang. Dianggarkan sejumlah 74 peratus pesakit yang mengalami ulser gastrik mempunyai jangkitan H pylori.

FAKTA
Tanda gastrik

* Kesakitan semakin berkurangan atau bertambah apabila makan.
* Pedih pada ulu hati atau bahagian atas perut.
* Terasa loya.
* Berat badan turun.
* Terasa pedih, sakit seperti sengal atau lapar yang teruk pada perut antara
satu hingga tiga jam selepas makan atau tengah malam.
* Najis kehitaman atau berdarah (menunjukkan ulser sudah berdarah).
* Kerap sendawa.

Penyakit lain berkaitan sakit perut

Pedih ulu hati - Masalah pedih ulu hati disebabkan beberapa faktor sama ada daripada ulser gastrik (perut) atau ulser duodenum yang boleh dikategorikan kepada jenis peptik. Ulser duodenum yang boleh dikategorikan kepada jenis ulser peptik. Selain itu, refluks esofigitis atau keadaan apabila pesakit terasa asid naik ke belakang mulut(kepanasan) juga membuatkan seseorang terasa loya, payau, sesak nafas dan batuk.

Batu dalam pundi hempedu - Boleh menyebabkan seseorang pedih pada bahagian ulu hati. Punca hanya boleh diperoleh menerusi ujian ultra bunyi di perut, endoskopi, ujian darah dan pernafasan. Sakit semakin teruk apabila mengambil makanan berlemak kerana ia menyebabkan hempedu mengecut seterusnya menjadi kejang. Hampir 30 peratus menghidap batu hempedu tidak berasa sakit.

Radang pankreas - Kesakitan pada bahagian ini boleh dianggap serius kerana ia memberi makna pankreas sudah rosak berikutan keracunan. Terlalu banyak alkohol antara punca yang membuatkan bahagian ini tersumbat atau rosak.

Ulser perut - Terdapat tanda kemerah-merahan atau luka pada dinding mukoza. Jika dibiarkan tanpa rawatan segera, luka sedia ada menjadi bertambah teruk. Gejala ini juga boleh berlaku di bahagian usus kecil.

p/s: Jagalah kesihatan korang ye...jangan jadi macam aku, aku dah kena gastrik ni memang la sakit kalau tak makan....

Wednesday, August 26, 2009

RINDU KAMU SAYANG KAMU

Aku rindu kamu sayang kamu?? hehehe maksudnya aku rindu dekat dorg ni sume...lama tak jumpa, harap-harap bulan puasa ni dapat la buka puasa dengan dorang, harap tak lupa aku la ye...

p/s: Pesanan untuk korang, puasa elok-elok tau jangan boros beli makanan tu...makan berpada-pada ok, raya nanti jangan lupa datang rumah, nanti aku datang umah korang aku nak duit raya tau hehehe....pape pon aku mintak maap kalau ada silap dan salah kat korang, SELAMAT BERPUASA & SELAMAT HARI RAYA... =)





p/s: Bila la dapat jumpa korang ek...



Monday, August 24, 2009

MELAYANG DI SEBALIK RAHSIA

MELAYANG?? mesti kenal kan nama tu?? kalau dah tengok mysapace aku, nama melayang tu la yang aku guna, dari dulu lagi aku guna...nak tau rahsia di sebalik nama MELAYANG tu??? Korang sendiri dah tau melayang tu maksud lainnya terbang, bagi aku pulak melayang tu lambang bagi diri aku sendiri iaitu melayang menuju apa yang aku impikan selama ni, mencapai cita-cita aku, berusaha sehingga berjaya walaupun orang pandang rendah...tak kisah semua tu, yang penting impian aku tercapai. Pelbagai masalah dan dugaan selama aku hidup ni, dari umur 11 tahun aku dah ditinggalkan insan yang membimbing aku dalam cita-cita aku ini iaitu, Abah..emmm, dialah yang mewujudkan impian aku ini dalam diri aku sejak aku berumur 9 tahun. Tetapi selepas dia pergi, aku meneruskan impian ini sehingga sekarang. Impian ini hampir tercapai, insyaallah jika aku terus berusaha...Aku berjaya menyambung pelajaran dalam bidang yang aku minat iaitu dalam bidang Multimedia Interaktif, alhmdulilah..dan sekarang aku ingin tamatkan praktikal dengan segera dan kalau ada rezeki aku akan teruskan usaha untuk mencapai impian ini dengan meneruskan pelajaran di UITM dalam kos Fotografi insyaallah..dan sekarang korang tau kan apa impian aku selama ini, iaitu ingin menjadi PHOTOGRAPHER berjaya atau EDITING GAMBAR terkenal hehehe...amin....itulah nama ku, Nurul Nadiah bte Ismail @ Melayang....(terbang tinggi mengejar cita-cita aku)

CINTA & SAHABAT

CINTA & SAHABAT??? Cinta itu indah, Sahabat itu penyejuk hati...nak tau kenapa?? Cinta itu indah kerana cinta membuatkan kita serba tak kena dalam melakukan sesuatu, hidup ceria, gembira dan kadang kala kita terlupa semuanya kerana cinta. Manakala, sahabat pula penyejuk hati kerana sahabat adalah tempat luahan seseorang jika mempunyai masalah, kesedihan, kecewa dan sebagainya....Cinta dan sahabat penting dalam kehidupan seseorang manusia, kerana kedua-dua ini adalah insan yg tersayang selepas ibu bapa dan keluarga....Cinta haruslah ikhlas, jujur, cinta sepenuh hati, sayang menyayangi, faham-memahami dan lain-lain. Sahabat pula, sama seperti cinta tetapi sahabat hanyalah kawan yg menjadi teman kita di kala susah dan senang...jadi, hargailah cinta dan sahabat kita, hanya mereka teman sejati kita....(bagi penulis blog ni, cinta dan sahabat adalah cinta sendiri)

RAMADHAN BULAN MULIA

22 / 8 / 2009 tibanya bulan mulia iaitu bulan Ramadhan al mubarak...di bulan ini, semua umat Islam di seluruh dunia menjalani ibadah puasa....Ketika inilah diri perlu di jaga tatatertib supaya pahala puasa tersebut tidak berkurang serta melakukan perkara-perkara yang menambahkan pahala. Nafsu adalah aset utama yg terpenting perlu dijaga walaupun syaitan telah diikat, tetapi terdapat penghasut lain iaitu NAFSU...jadi pikir-pikir la ye apa maksud NAFSU itu...selain menjaga tatatertib diri, di bulan Ramadhan ini juga bulan yang terbaik untuk mencari ketenangan, pahala dan paling utama menghapuskan dosa-dosa kita dengan bertaubat kepada ALLAH SWT...terlalu banyak dosa yang kita lakukan, kita tak tau bila kita akan mati, tah tahun depan, bulan depan, minggu depan, esok, kita tak tau...sebelum terlambat, bertaubat lah kita sama-sama....